Kongsi Cerita: "Breast Cancer Survivor" - Fazleena - SugarBomb Perfume

Kongsi Cerita: “Breast Cancer Survivor” – Fazleena

Kongsi Cerita: “Breast Cancer Survivor” – Fazleena

Kongsi Cerita: “Breast Cancer Survivor” – Puan Fazleena

 

Fazleena, berumur 36 tahun. Beliau disahkan menghidap kanser payudara ketika usia kandungan anak ke-3 mencapai umur 37 minggu.

Perjuangan Fazleena berganda kerana beliau berjuang melawan  kanser dan bimbang dengan keadaaan anak  ke-3 dalam kandungan pada masa yang sama.

Fazleena tidak pernah putus ada walaupun menghadapi kanser, beliau mendapat sokongan daripada suami dan ahli keluarga untuk menjalani rawatan termasuk membuang ketumbuhan dan teruskan hidup demi keluarga kesayangan beliau, terutamanya ketiga anak lelaki.

Ikuti perkongsian bersama Fazleena sebagai salah seorang servivor penghidap kanser payudara.

“Kanser bukanlah akhir hidup anda,ia hanyalah permulaan fasa baru hidup anda untuk menjadi lebih baik. Hai saya Fazleena Mat Daud, berumur 36 tahun. Saya didiagnosis kanser payudara tahan 2 HER2/ER+. Masa tu saya hamil 37 minggu anak ke-3 saya. Sekarang bayi saya berumur  1 tahun 10 bulan. Masa tu size benjolan adalah lebih kurang 2.5cm”.

Beliau juga ada berkongsi tentang kitaran kemoterapinya.

“Saya menjalani 6 kitaran kemoterapi. Satu bulan selepas kitaran terakhir, saya menjalani mastekromi membuang semua payudara sebelah kanan. Selepas itu, saya menjalani rawatan Herceptin selama 9 kitaran dalam 6 bulan. Sekarang saya sudah lengkapkan semua itu dan saya mengambil ubat sekarang untuk 5 tahun”.

Beliau juga meluahkan rasa takut dan risau ketika dapat tahu yang beliau disahkan menghidap kanser payudara.

“Masa saya dapat kanser, perkara yang akan kit amula-mula fikir adalah kematian. Bila nak mulakan  rawatan, saya mencari semangat dan inspirasi bagaimana orang lain menghadapi cabaran ini. Ia tidak berlaku kepada saya, ia juga tidak berlaku kepada yang lain. Jadi, jika orang lain dapat menghadapinya, mengapa saya tidak boleh. Jadi sekarang saya berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik, saya cuba menjadi bahagia. Saya cuba menghargai semua perkara di  sekeliling saya “.

 

“Hidup hanya 1 kali tawaran, jadi kami patut menghargainya’’.

easy to donate !

We support Pinktober and cancer awareness. Every donation helps a life.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
You may also like