Perfume dah wangi, tapi kenapa bau tak tahan lama? Ini cara pakai perfume yang betul.

Perfume dah wangi, tapi kenapa bau tak tahan lama? Ini cara pakai perfume yang betul.

Ramai yang pakai perfume. Mungkin sebab peribadi pembersih atau nak pikat kekasih. Apa-apa sekali pun, nak pakai perfume ni ada caranya . Tapi, awas! Berkemungkinan ada kesalahan atau fakta yang salah.

Cara salah pakai minyak wangi.

1. Badan masih basah tapi pakai minyak wangi

Anda kena pastikan badan anda kering terlebih dahulu sebelum memakai minyak wangi untuk memastikan wangian tersebut lebih tahan lama. Tak kira minyak wangi lelaki atau minyak wangi wanita, sama sahaja untuk kedua-duanya.

2. Pakai dua atau lebih minyak wangi pada satu-satu masa

Memakai lebih daripada satu minyak wangi pada satu-satu masa akan menjadikan orang sekeliling anda tidak selesa dengan bau anda. Kerana tak semua campuran minyak wangi akan menjadikan bau yang terhasil itu wangi. Mungkin boleh jadi terlalu “tajam” atau lebih teruk lagi berbau masam. boleh untuk pakai lebih dari satu tetapi pakailah dengan cara bersedarhana.

3. Pakai perfume di baju

Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju tetapi untuk pengetahuan anda perfume dari Sugarbomb mampu bertahan pada baju selama 8 jam.

5. Menggosok perfume selepas pakai

Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana haba akan terhasil mengakibatkan wanigan tersebut lebih cepat meruap. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.

6. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan

Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.

7. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk

Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perfume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

Cara pakai dengan betul

1. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik. Spray perfume atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.

2. Perfume berkesan kepada kulit yang mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.

Ada 7 point utk mengekalkan keharuman perfume iaitu:

  1. Belakang telinga
  2. Nadi pada sendi tangan
  3. Siku
  4. Ruang bawah dada
  5. Celah paha
  6. Belakang lutut
  7. Pergelangan kaki

Presented By: Real Men Real Style

Semoga dengan perkongisian ini dapat membantu anda mengelakkan kesilapan semasa memakai minyak wangi dan menjadikan anda lebih yakin ketika berhadapan dengan orang lain juga.

Jika anda berminat untuk tahu lanjut tentang minyak wangi anda boleh hubungi kami.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
You may also like