SugarBomb Menyumbang RM15,000 Kepada Makmal Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES) - SugarBomb Perfume

SugarBomb Menyumbang RM15,000 Kepada Makmal Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES)

SugarBomb Menyumbang RM15,000 Kepada Makmal Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES)

 

Serdang – Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober,  SugarBomb menyumbang sebahagian daripada hasil jualan produk wangian badan edisi Pinktober sebanyak RM15,000. Semasa pelancaran produk wangian mereka pada bulan Oktober 2021, pihak syarikat SugarBomb sudah menyatakan hasrat untuk menderma hasil daripada jualan produk ini sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab social korporat syarikat (CSR).

Selain itu, selari dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara, saban tahun SugarBomb menghasilkan wangian yang bertemakan Pinktober untuk menyatakan hasrat dan sokongan pihak syarikat kepada semua pihak yang terlibat dalam agenda kanser dan tidak hanya terhad kepada pesakit, ahli keluarga, ahli perubatan yang merawat dan ahli penyelidik yang sentiasa berusaha mencari penawar penyakit ini.

Tahun ini, SugarBomb bersetuju untuk menyumbangkan hasil tersebut kepada program UPM-MAKNA CANRES Open Day. Sumbangan ini adalah titik permulaan program CSR syarikat kami dalam bidang kanser dan berhasrat untuk terus menyumbang dalam penyelidikan kanser pada masa hadapan.”

Bersempena dengan Sambutan Bulan Kanser Payudara Oktober, Makmal Penyelidikan kanser UPM‑MAKNA (CANRES), Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Program CANRES Open Day pada 17 Oktober 2021. Projek ini adalah hasil kolaborasi bersama ahli penyelidik CANRES, pihak pengurusan Institut Biosains, dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Program CANRES Open Day ini dirancang sebagai titik permulaan pendedahan penyelidikan kanser yang kini dijalankan di Universiti Putra Malaysia kepada ahli NGO dan juga orang awam. Program ini akan dijalankan secara berterusan mulai Oktober 2021 dan CANRES bersedia untuk menerima permohonan orang awam untuk mengadakan lawatan berkumpulan.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp