Tips Memilih Perfume Untuk Lelaki Maskulin

Tips Memilih Perfume Untuk Lelaki Maskulin

Biasanya orang cakap kaum lelaki tak cerewet kan, bagi je apa mesti suka. Tapi tidak untuk perfume. Setuju?

Sepertimana perempuan, lelaki nak pilih perfume pun susah macam nak cari pasangan hidup ehh? Kena try perfume itu ini baru boleh dapat yang paling sesuai. So Admin share tips bagaimana nak faham jenis bau.

MEMILIH DARI JENIS BAU

Floral / Bunga-bungan – Eh apasal lelaki pun nak bau bunga? Kang jadi gugirl pulak? Actually bunga untuk lelaki berbeza dengan perempuan. Takde lah pakai tetiba jadi gadis pulak. No..No..No.. Kebanyakan perfume lelaki ada bunga lavender contohnya Aromatic Adventurous. Bunga bukan sekadar bunga tau, bau bunga dalam perfume lelaki membuatkan perfume tu bau lebih seksi!

Fresh / Segar – Yang ni paling famous untuk lelaki. Kira macam baru je lepas mandi gitu. Kalau baru nak try pakai perfume kan, Admin galakkan pakai perfume bau fresh dulu sebab kira bau selamat untuk lelaki.

Oriental / Ketimuran – Orang barat takleh pakai ke? Tidaklah. Bau oriental ni macam herba sikit. Hot and spicy! Haa kira sesuai untuk lelaki yang nak nampak hot, seksi dan menggoda.

Woody / Kayu – Kalau pakai jadi kayu ke kak? Bukanlah. Biasa kayu ni luar rumah kan? Ok tapi untuk perfume, dah memang kita pakai kat luar kan tapi sesuai jugak nak pakai kalau duk saje dalam rumah nak goda isteri. Bau woody ni kira bau jantan habislah. Feeling hebat dan yakin bila pakai.

Jadi, anda dah boleh pilih perfume apa yang paling sesuai dengan jiwa anda. Mungkin boleh ada dua kategori perfume untuk anda pakai.

PERFUME DAN KESESUAIAN DENGAN MASA

Ok dah faham kan bab kategori? Walau dimana mana kita nak pergi pun, kena ada perfume yang sesuai. Ni lagi pening kepala dari nak ingat semua 14 kategori tu. Jangan pening pening, Admin bukan along, Admin cuma nak tolong .

UNTUK PEMAKAIAN HARIAN – KERJA / STUDY

Ni kira memang biasa ni pergi kerja or study kan? So mesti nak orang bau kita best dan selesa dengan kita. Biasa duk pakai deodorant je kan? Deodorant cuma elakkan kita dari bau tak best tapi tak bagi extra bau yang sesuai dengan personaliti kita. Tu lah fungsi perfume.

  • Kalau nak rasa wow kat office, pilih bau woody.
  • Kalau nak rasa fresh je all day, pilih bau fresh.
  • Kalau kerja awak banyak jumpa orang, pakai perfume fresh dan sweet sebab bau selamat.

UNTUK PEMAKAIAN KE MAJLIS

Biasa pergi majlis kita dress up kan? Pakai smart yang boleh. Baju je tak cukup tau! Kena pakai perfume yang boleh tarik perhatian orang. Yang bila kita lalu, orang jadi jeles :p

  • Kalau majlis formal yang semua pakai tie tu, pakai perfume Citrus Desire.
  • Kalau majlis formal biasa, pakai perfume woody macam Aromatic Oud
  • Bau oriental ok je tapi orang tak boleh bau dari jauh. Kira kena ada kat sebelah awak baru orang boleh bau.

UNTUK PEMAKAIAN KE GYM

Mana-mana perfume bau fresh sesuai tapi kalau nak bagi awek gym tergoda, cuba bau aromatic sikit macam Aromatic Scent atau Aromatic Eros dari Sugarbomb. Bau macam tu boleh buat awak jadi sado dan seksi di mata awek.

UNTUK PEMAKAIAN KELUAR DATING MALAM

Ehemmm.. Admin boleh rasa nak melekat je kat abam Admin kalau dating malam tengok movie bila dia pakai bau jenis oriental. Fuhhhh bau maskulin, seksi menggoda habis! Boleh try pakai Spicy Millon atau Citrus Invictus.

Cuba elakkan bau macam fresh time ni sebab bau dia sharp sikit bila awek duk dekat. Macam Citrus Desire ok jugak tapi better kalau ke tempat ramai orang macam karnival.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
You may also like